Tuesday 3 April 2012

Adab Terhadap Ibu Bapa

KONSEP KEIBUBAPAAN

Kasih sayang merupakan tunggak kepada ketenangan hidup dalam keluarga

Ibu bapa ialah org yang paling rapat dgn anak-anak dan merupakan org bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik anak hingga dewasa

Pengorbanan ibubapa amat besar. Anak wajib taat kepada ibubapa

Dalil al-Quran maksudnya:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”

Kalau kita  berbakti kepada ibu bapa Allah ;
                             1.  Akan beri ganjaran pahala dan ampunkan dosa
           2.    Suka dan reda kepada orang yg berbakti kepada ibu bapa

Kita juga wajib berbakti kepada ibu bapa kerana;

Amalan ini tuntutan agama
Untuk kita membalas jasa ibu bapa kita
Supaya anak kita akan berbakti kepada kita pula
Menjamin keutuhan sistem kekeluargaan

Antara tanggungjawab anak terhadap ibu bapa:

i)Berdoa dan memohon ampun untuk mereka
                                       ii)Merendah diri dan menghormati mereka
                                  iii)Berbuat baik kepada rakan mereka

Berbakti kepada mereka pada  bila-bila masa

Taat perintah mereka selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak

ADAB PERCAKAPAN

*Bercakap dgn hormat dan sopan santun
*Merendahkan suara dihadapan mereka
*Menumpukan perhatian ketika bercakap mereka
*Menunjukkan muka yang manis ketika berkomunikasi
*Menggunakan bahasa yang baik ketika bercakap

ADAB PERGAULAN

Berdiri untuk memberi hormat kpd mereka
Jangan melunjurkan kaki ke arah mereka ketika duduk
Mencium tangan mereka  sebelum ke sekolah dan sebelum tidur
Jangan mendahului mereka ketika menjamah makanan
Memberi hormat semasa bertemu dgn mereka

BERBAKTI SEMASA HIDUP

Menjaga mereka semasa tua dan sakit
Memberi nafkah kepada mereka
Mendoakan kesejahteraan mereka
Selalu menziarahi mereka sekira tidak tinggal bersama-sama

BERBAKTI SETELAH MENINGGAL

Berbuat baik kepada sahabat mereka
Membayar hutang mereka sekiranya  ada
Melaksanakan wasiat mereka
Mendoakan keampunan untuk mereka

KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA;

i)Mendapat keberkatan hidup
                                                ii)Disayangi keluarga
                                                iii)Mendapat ganjaran pahala
           iv)Ikatan keluarga bertambah kukuh
                v)Mendapat balasan syurga di akhirat

Berbakti Kepada Ibu Bapa…

imageHadis yang menjadi teras perbincangan:
عن عبد الله بن مسعود قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم : أي العمل أحب إلى الله ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( ثم بر الوالدين ) . قال : ثم أي ؟ قال : ( الجهاد في سبيل الله ) . قال : حدثني بهن ، ولو استزدته لزادني
Maksudnya: Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud Radiyallahu Anhu :Aku Telah Bertanyakan Pada Nabi (S.A.W), Apakah Amalan Yang Paling Dicintai Oleh Allah Taala: Nabi Bersabda,Solat Pada Waktunya,Aku Bertanya Lagi:Apa Lagi Wahai Rasulullah?
Baginda Bersabda: Kemudian Berbuat Bakti Kepada Ibu Bapa, Aku Bertanya Lagi, Apa Lagi Wahai Rasulullah? Baginda Bersabda:Berjihad Di Jalan Allah, Kemudian Rasulullah Berkata Kepada Aku,Andai Kamu Bertanya Lagi Nescaya Akan Aku Menjawabnya.”
— Hadis riwayat Imam Bukhari(no 5970) dan Imam Muslim(no 85) –
Renungkanlah wahai saudaraku.